Uefa nafi ia tetapkan 3 Ogos tarikh akhir Liga Juara-Juara
Premium
Uefa nafi ia tetapkan 3 Ogos tarikh akhir Liga Juara-Juara
Apr 7, 2020 | 5:30 AM
BELUM DITENTUKAN: Presiden Uefa, Aleksander Ceferin menegaskan beliau tidak pernah menetapkan tarikh akhir Liga Juara-Juara musim ini. - Foto REUTERS -
LONDON: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) menafikan bahawa ia telah menetapkan tarikh 3 Ogos untuk menutup tirai Liga Juara-Juara musim ini.
Ini menyusuli laporan yang disiarkan penyiar televisyen Jerman, ZDF, yang memetik Presiden Uefa Aleksander Ceferin sebagai berkata bahawa pertandingan itu perlu diselesaikan pada tarikh tersebut.

