SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tinggal 4 pasukan bukan pilihan di ambang kejayaan

Tinggal 4 pasukan bukan pilihan di ambang kejayaan

Jul 9, 2018 | 5:30 AM

Tinggal 4 pasukan bukan pilihan di ambang kejayaan

DENGAN pasukan-pasukan pilihan seperti Brazil, Jerman, Argentina dan Sepanyol tersingkir secara mengejutkan dari kejohanan Piala Dunia di Russia, empat pasukan yang sebelum ini dianggap bukan 'favourite' - Belgium, Perancis, England dan Croatia - kini diambang sejarah.

'Generasi Emas' skuad bola sepak Belgium pimpinan Roberto Martinez kini akhirnya mempamerkan persembahan sejajar dengan potensi serta reputasi mereka manakala Perancis pula berpeluang 'melupakan' mimpi buruk dari kejohanan Eropah dua tahun lalu apabila mereka gagal di perlawanan akhir.

Pasukan muda England kendalian Gareth Southgate pula mampu 'menulis sendiri' kisah kejayaan mereka dan sekali gus melenyapkan gelaran Three Lions itu sebagai pasukan yang sering menghampakan dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Namun, mereka berdepan dengan Croatia di separuh akhir nanti - pasukan berbakat yang dibarisi beberapa pemain kelas dunia termasuk kaptennya Luka Modric yang tidak pernah merasakan manisnya kejayaan menjulang Piala Dunia, namun bertekad mengakhiri kemarau itu di Russia.

Siapakan yang bakal mencipta sejarah?

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg