SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tiger Woods mengaku tidak bersalah dalam kes kemalangan kereta, rancang dapatkan rawatan pemulihan

Tiger Woods mengaku tidak bersalah dalam kes kemalangan kereta, rancang dapatkan rawatan pemulihan

Apr 1, 2026 | 2:17 PM

Tiger Woods mengaku tidak bersalah dalam kes kemalangan kereta, rancang dapatkan rawatan pemulihan

Golf, Tiger Woods, kemalangan kereta, tidak mengaku salah
Tiger Woods (kiri) dibawa keluar dari Penjara Daerah Martin di Florida, Amerika Syarikat, selepas diberkas menyusuli satu kemalangan kereta. - Foto AFP

FLORIDA (Amerika Syarikat): Tiger Woods telah mengeluarkan kenyataan pertamanya sejak terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 27 Mac, mengumumkan bahawa beliau akan berhenti bermain golf untuk mendapatkan rawatan bagi “pemulihan berkekalan”.

Kenyataan Woods pada 31 Mac itu dibuat sejurus selepas peguamnya membuat pengakuan tidak bersalah di mahkamah Florida atas tuduhan yang berkaitan daripada kemalangan melibatkan pemain golf itu.

Woods, 50 tahun, didakwa dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang mengakibatkan kerosakan harta benda, dan keengganan untuk menjalani ujian air kencing, menurut dokumen mahkamah.

“Saya tahu dan faham betapa seriusnya situasi yang saya hadapi hari ini. Saya akan berundur bagi satu tempoh masa tertentu untuk mendapatkan rawatan dan memberi tumpuan kepada kesihatan saya.

“Ini perlu agar saya dapat mengutamakan kesejahteraan saya dan berusaha ke arah pemulihan yang berkekalan,” katanya dalam kenyataan itu.

“Saya komited untuk meluangkan masa yang perlu untuk kembali lebih sihat, lebih kuat dan lebih fokus, secara peribadi dan profesional.

“Saya menghargai pemahaman dan sokongan anda, dan meminta privasi untuk keluarga, orang tersayang dan diri saya sendiri pada masa ini.”

Badan penganjur golf profesional Amerika Syarikat, PGA Tour, dalam satu kenyataan berkata: “Tiger ialah seorang insan, dan tumpuan kami adalah pada kesihatan dan kesejahteraannya.”

Peguamnya, Douglas Duncan, telah mengemukakan rayuan serta tuntutan untuk perbicaraan juri bagi pihak Woods. Pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan usul dalam kes itu, yang akan didengar di mahkamah di Florida.

Woods memberitahu polis bahawa beliau sedang melihat telefon bimbitnya dan menukar stesen radio sebelum kereta Land Rovernya terhempas berhampiran rumahnya di Jupiter Island, Florida, menurut afidavit yang dikeluarkan pada 31 Mac oleh Pejabat Sheriff Daerah Martin.

Woods berkata beliau tidak melihat sebuah trak yang sedang mengangkut treler memperlahankan kenderaannya dan ini menyebabkan keretanya melanggar treler itu.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin AS$1,000 ($1,280) kira-kira lapan jam selepas kemalangan itu. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg