Premium
Tiga Singa berpengalaman dijangka digugur
Langkah difahamkan sejajar dengan keputusan FAS yang mahukan pembaharuan
Mar 7, 2018 | 5:30 AM
BERPENGALAMAN: (Dari kiri) Bennett, Shahril dan Mustafic merupakan antara pemain paling berpengalaman bola sepak Singapura dan telah bermain dalam pertandingan besar sebelum ini. - Foto-foto fail -
MEREKA bertiga antara pemain paling berpengalaman bola sepak Singapura dan secara bersama mempunyai 361 caps untuk pasukan Singa.
Namun, kapten pasukan, Shahril Ishak (mewakili negara 134 kali), pemain pertahanan Daniel Bennett (mewakili negara 142 kali) dan tunggak midfield Mustafic Fahrudin (mewakili negara 85 kali) dijangka diketepikan apabila jurulatih nasional V Sundram Moorthy menamakan skuadnya bagi perlawanan persabahatan menentang Maldives di Stadium Negara pada 23 Mac ini, disusuli dengan pertarungan terakhir kelayakan Piala Asia menentang Taiwan empat hari kemudian.

