Tiada hatrik emas dari Martina, Mastura timba pengalaman berharga
Premium
Tiada hatrik emas dari Martina, Mastura timba pengalaman berharga
Apr 14, 2018 | 5:30 AM
PENGALAMAN BERHARGA: Meskipun gagal meraih pingat, penembak 'Trap' negara, Siti Mastura Rahim, berasa 'skor' beliau tidak mengecewakan. - Foto SPORTSG -
HATRIK emas yang diharap-harapkan daripada srikandi menembak muda negara, Martina Veloso, di temasya Sukan Komanwel ini tidak kesampaian.
Ini selepas penembak berusia 18 tahun itu, yang memenangi dua pingat emas pertama Team Singapore di temasya sukan yang sedang berlangsung di Gold Coast, Australia ini, terlepas pingat dalam acara ketiga yang disertainya semalam.

