SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Team Singapore sedia beraksi di Sukan Para Asia

Team Singapore sedia beraksi di Sukan Para Asia

Oct 4, 2018 | 8:30 PM

Team Singapore sedia beraksi di Sukan Para Asia

SUKAN PARA ASIA: Kumpulan terakhir atlit Singapura yang bakal beraksi di Sukan Para Asia di Lapangan Terbang Changi sebelum ke Jakarta pada 4 Oktober 2018.
SUKAN PARA ASIA: Kumpulan terakhir atlit Singapura yang bakal beraksi di Sukan Para Asia di Lapangan Terbang Changi sebelum ke Jakarta pada 4 Oktober 2018. - Foto KHALID BABA

KUMPULAN terakhir atlit Singapura yang bakal beraksi di Sukan Para Asia (APG) telah meninggalkan tanah air untuk ke Jakarta hari ini (4 Oktober).

Kontinjen Singapura yang merangkumi 44 atlit itu mempunyai matlamat untuk menunjukkan prestasi terbaik dalam acara itu.

Semasa APG 2014 di Incheon, Singapura berjaya membawa pulang satu pingat emas dalam sukan kapal layar, satu perak dalam sukan renang dan dua gangsa - satu dalam sukan renang dan satu lagi dalam sukan bowling.

Bagaimanapun, sukan kapal layar bukan antara acara yang ditampilkan dalam APG 2014 di Jakarta yang berlangsung dari 6 hingga 13 Oktober.

Ketua rombongan Ali Daud yang telah ke Jakarta kelmarin sebelum ini berkata beliau yakin Team Singapore akan menunjukkan prestasi lebih baik berbanding di APG yang lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg