Premium
Tardy yakin Singa Muda mampu ke separuh akhir
Aug 12, 2017 | 5:30 AM
LATIHAN PERSIAPAN: Pasukan Bawah 22 Tahun Singapura, termasuk pemain midfield berbakat Hanafi Akbar (tengah), menjalani latihan di Perth, Australia, baru-baru ini, dengan diperhatikan jurulatih Richard Tardy (belakang). - Foto FACEBOOK U22 SINGAPURA -
PASUKAN Bawah 22 Tahun (U22) Singapura mungkin tewas dalam kededua perlawanan ujian semasa lawatan ke Australia baru-baru ini, tetapi jurulatih pasukan, Richard Tardy, masih yakin akan keupayaan anak didiknya mencapai matlamat mara ke separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur.
Temasya sukan dwitahunan berprestij itu akan dibuka secara rasmi Sabtu depan , tetapi acara bola sepak bermula lebih awal dengan skuad Singa Muda dijadualkan turun padang menentang Myanmar lusa.

