SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tandukan Girelli pada minit terakhir pastikan kemenangan Italy ke atas Argentina

Tandukan Girelli pada minit terakhir pastikan kemenangan Italy ke atas Argentina

Jul 24, 2023 | 6:02 PM

Tandukan Girelli pada minit terakhir pastikan kemenangan Italy ke atas Argentina

SAMBUT KEMENANGAN: Pemain Italy tidak dapat membendung kegembiraan pada wisel penamat selepas menewaskan Argentina 1-0.
SAMBUT KEMENANGAN: Pemain Italy tidak dapat membendung kegembiraan pada wisel penamat selepas menewaskan Argentina 1-0. - Foto AFP

AUCKLAND: Tandukan pemain gantian dan penyerang, Cristiana Girelli, pada minit ke-87 memberi Italy kemenangan 1-0 ke atas Argentina dalam perlawanan pembukaan mereka bagi Piala Dunia Wanita di stadium Eden Park pada Isnin.

Girelli, 33 tahun, menggantikan pemain tengah berusia 16 tahun, Giulia Dragoni, pada minit ke-83 dan hanya perlukan empat minit untuk mengubah nasib pasukannya.

Beliau menewaskan penjaga gol Argentina, Vanina Correa, dengan menanduk bola ke dalam gawang lantas memecahkan kebuntuan dalam perlawanan tersebut.

Pemain Italy, Arianna Caruso dan Valentina Giacinti, kedua-duanya menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi ia diputuskan sebagai ‘offside’.

Argentina hampir membuka tirai dengan penuh sensasi apabila rembatan akrobatik Mariana Larroquette tersasar tidak jauh dari gawang pada minit kedua.

Penjaga gol Francesca Durante menepis percubaan pemain tengah Argentina, Florencia Bonsegundo, hasil sepakan percuma pada masa kecederaan.

Kemenangan itu memastikan Italy memperoleh tiga mata dan berkongsi tempat teratas Kumpulan G bersama Sweden. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg