SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SUKAN SEA 2017: Shanti bawa pulang gangsa

SUKAN SEA 2017: Shanti bawa pulang gangsa

Aug 22, 2017 | 10:21 PM

SUKAN SEA 2017: Shanti bawa pulang gangsa

-

KUALA LUMPUR: Ratu pecut negara Shanti Pereira, menang gangsa dalam acara pecut 100 meter wanita yang diadakan di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Beliau mencatatkan masa 11.76 saat dalam acara tersebut, didahului atlit Malaysia Husniah Zulkifli dengan masa 11.74 saat.

Atlit Vietnam Le Tu Chinh telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan meraih emas dengan masa 11.56 yang dicatatkan.

Dalam acara pecut 100 meter lelaki pula, atlit negara Calvin Kang mendapat tempat kelapan dengan masa 10.74 saat.

Atlit tuan rumah Khairul Hafiz Jantan meraih emas dengan masa 10.38 saat yang dicatatkan diikuti Filipina di tempat kedua dan Thailand di tempat ketiga.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg