Topic followed successfully
Go to BHkuS'pura kembali bergema
S'pura kembali bergema
Deruman enjin dan gegaran yang dirasakan di litar Marina Bay sepanjang tiga hari semasa Grand Prix Singapura Singapore Airlines Formula Satu (F1) berlangsung hujung minggu lalu kini tinggal kenangan, tetapi Singapura sekali lagi mengingatkan pemerhati sukan sedunia akan keupayaannya mengadakan acara sukan bertaraf dunia. Sehari selepas Sergio Perez dari pasukan Red Bull ditabal juara, BERITA HARIAN (BH) menyusur beberapa aksi menarik belakang tabir
S'pura kembali bergema
"Setelah dua tahun tidak diadakan, Grand Prix Singapura kembali lagi, dan kawasan Marina Bay sekali lagi dipenuhi keseronokan kereta-kereta lumba F1! Orang ramai juga kembali membanjiri (kawasan Marina Bay) untuk menikmati suasana, dah juga basah kuyup dek hujan lebat, namun ini tidak menjejas suasana mahupun persembahan cemerlang dan kemenangan Sergo Perez dan pasukan Red Bull! Perlumbaan kita ialah perlumbaan malam F1 pertama (yang diadakan pada 2008) dan kekal antara acara antarabangsa terbesar kita. Saya gembira melihat penonton dari seluruh dunia berkunjung ke Singapura semata-mata untuk menghadiri acara ini. Ia satu lagi petanda kita telah bangkit daripada pandemik dan membuka Singapura." - Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam catatannya di Facebook.

