Solskjaer gesa bintang Man Utd rebut tempat Liga Juara-Juara
Premium
Solskjaer gesa bintang Man Utd rebut tempat Liga Juara-Juara
United hanya perlu elak tewas di Leicester City Ahad ini untuk layak
Jul 24, 2020 | 5:30 AM
PEMAIN LINCAH: Penyerang Manchester United Mason Greenwood (kiri) beraksi bersama Arthur Masuaku dari West Ham United dalam perlawanan di Old Trafford. Greenwood menyumbang gol penyamaan dalam perlawanan itu. - Foto REUTERS -
MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer menggesa bintang-bintang Manchester United kendaliannya memanfaatkan peluang terhidang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan selepas Mason Greenwood menyelamatkan pasukan itu untuk meraih keputusan seri 1-1 menentang West Ham awal pagi semalam.
United ketinggalan hasil gol penalti Michail Antonio pada separuh masa pertama perlawanan di Old Trafford.

