Topik diikuti
Pergi ke BHkuShawal jarang mengecewakan di depan gawang lawan
Shawal jarang mengecewakan di depan gawang lawan
Shawal jarang mengecewakan di depan gawang lawan
Sejak menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan menentang Afghanistan, Shawal Anuar kini telah menjaringkan 16 gol untuk pasukan Singa. - Foto REUTERS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 16, 2024 | 4:00 PM
Berdiri pada ketinggian hanya 1.68 meter, Shawal Anuar bukanlah penyerang ‘Nombor 9’ biasa anda.
Namun, pemain yang menyarung jersi kelab Lion City Sailors dalam Liga Perdana Singapura (SPL) itu tidak pernah mengecewakan apabila menyarung jersi pasukan Singa dan dipaksa mengetuai serangan.
Dengan 16 gol dalam 39 perlawanan, termasuk dua yang memastikan tiga mata semasa menentang Timor Leste, Shawal, 33 tahun, berupaya menjadi senjata rahsia Singapura dalam kejuaraan AFF kali ini lebih-lebih lagi dengan ketiadaan dua penyerang utama pasukan – Ikhsan dan Ilhan Fandi.
Laporan berkaitan
Pemain gantian ubah nasib Singa selepas permulaan hambarDec 14, 2024 | 9:40 PM
Shawal menyerlah dalam kalangan bintang SailorsNov 7, 2024 | 12:26 PM
