Premium
Shahril, Faris alami kecederaan
Nov 15, 2018 | 5:30 AM
MASALAH KECEDERAAN: Faris (kanan) menghadapi kecederaan hamstring sementara Shahril (kanan sekali) mengalami kecederaan bahu yang tampak serius. - Foto-foto fail -
IA adalah satu sistem yang digemari Fandi sejak zaman beliau menyarung jersi sebagai pemain hinggalah setelah beliau menggantung but dan menjadi jurulatih - iaitu sistem pemain Nombor 10 - pemain yang bermain di belakang penyerang utama, pemain yang lincah, kreatif dan mempunyai visi untuk merintis peluang jaringan.
Dalam saingan Piala AFF Suzuki kali ini, Fandi telah menamakan pemain muda, Faris Ramli dan pemain senior, Shahril Ishak, sebagai pemain Nombor 10 itu.

