Topik diikuti
Pergi ke BHkuSeri tanpa gol cukup bagi Bayern ke separuh akhir
Premium
Seri tanpa gol cukup bagi Bayern ke separuh akhir
Seri tanpa gol cukup bagi Bayern ke separuh akhir

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 13, 2018 | 5:30 AM
MUNICH: Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes, gembira dengan kemampuan pasukannya mengekalkan ketenangan dan menjamin tempat mereka di separuh akhir Liga Juara-Juara di sebalik keputusan seri 0-0 menentang Sevilla yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain dinihari semalam.
Kelab gergasi Jerman itu melangkah ke pusingan empat pasukan terbaik buat kali ketujuh dalam sembilan musim dengan kelebihan agregat 2-1 menyusuli kemenangan pada perlawanan suku akhir pertama di Sepanyol, minggu lalu.
