Topik diikuti
Pergi ke BHkuSerena Williams beraksi semula di kejohanan Abu Dhabi
Premium
Serena Williams beraksi semula di kejohanan Abu Dhabi
Serena Williams beraksi semula di kejohanan Abu Dhabi

MASUK GELANGGANG LAGI: Kali terakhir Williams beraksi ialah di Terbuka Australia sekitar 11 bulan lalu sebelum 'berehat' panjang kerana mengandung dan melahirkan anak sulungnya, Alexis Olympia, pada September lalu. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 27, 2017 | 5:30 AM
ABU DHABI: Bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams, akan membuat penampilan semula yang ditunggu-tunggu dalam satu pertarungan pertunjukan di hari terakhir kejohanan persahabatan Mubadala pada 30 Disember ini, demikian disahkan pihak penganjur kelmarin.
Williams, 36 tahun, yang merupakan pemenang rekod sejumlah 23 Grand Slam, akan turun ke gelanggang bagi pertemuan dengan juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko.
