Topik diikuti
Pergi ke BHkuIrfan, Shawal gigih rebut peluang dalam skuad Singa
Premium
Irfan, Shawal gigih rebut peluang dalam skuad Singa
Irfan, Shawal gigih rebut peluang dalam skuad Singa

BERBAKAT BESAR: Shawal (kiri) dan Irfan antara dua muka baru dalam skuad latihan Singa bagi perlawanan Cabaran Causeway esok dan menentang Hongkong empat hari kemudian. - Foto M.O. SALLEH -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 6, 2016 | 5:30 AM
PELUANG mereka diturunkan beraksi di Stadium Negara mungkin belum dapat dipastikan, tetapi kehadiran dua pemain berbakat muda ini - Irfan Fandi dan Muhd Shawal Anuar - dalam skuad Singa bagi pertarungan Cabaran Causeway menentang Malaysia malam esok boleh dianggap satu pencapaian membanggakan.
Sekalipun pada usia 19 tahun - dua tahun 'lewat' jika dibandingkan semasa bapanya, ikon bola sepak negara Fandi Ahmad mula menyarungi jersi negara - Irfan tetap ghairah dan bersyukur mendapat undangan jurulatih nasional V. Sundramoorthy.
