Schooling, Veloso rangkul anugerah Olahragawan, Olahragawati Negara
Premium
Schooling, Veloso rangkul anugerah Olahragawan, Olahragawati Negara
May 16, 2019 | 5:30 AM
CIPTA SEJARAH: Schooling (kanan) bawa pulang anugerah Olahragawan Negara buat rekod kali keenam tahun ini sementara penembak negara, Martina Lindsay Veloso, meraikan kemenangan pertamanya sebagai Olahragawati Negara. - Foto BH oleh KONG CHONG YEW -
SEPERTI pencapaian beliau dalam mencipta sejarah di Rio 2016, jaguh renang Olimpik negara, Joseph Schooling mencatat satu lagi sejarah baru dalam arena sukan Singapura.
Atlit berusia 23 tahun itu berjaya membawa pulang anugerah Olahragawan Negara buat rekod kali keenam tahun ini di Majlis Anugerah Sukan Singapura yang diadakan di Orchard Hotel malam kelmarin.

