SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sambutan hangat gegar pertandingan futsal Bapa Sepanjang Hayat

Sambutan hangat gegar pertandingan futsal Bapa Sepanjang Hayat

Sep 15, 2025 | 5:39 PM

Sambutan hangat gegar pertandingan futsal Bapa Sepanjang Hayat

Gelanggang futsal di The Cage @ Kallang yang terletak di 38 Jln Benaan Kapal meriah dengan kehadiran 19 pasukan yang berkumpul untuk bersaing dalam pertandingan Piala Bapa Sepanjang Hayat (BSH) tahunan.

Lebih daripada sekadar pertandingan, acara tersebut merupakan sambutan meriah untuk keluarga, membawa golongan bapa daripada semua lapisan usia bersama-sama untuk berkongsi masa berharga bersama keluarga tersayang.

Pasukan Braca Vita FC muncul juara bagi kategori Terbuka bagi mereka yang berusia 13 tahun ke atas.

Bagi kategori Veteran – pemain berusia 45 tahun ke atas – pasukan La Plata Jrs berjaya mempertahankan mahkota mereka, menjuarai piala tersebut buat kali kedua berturut-turut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg