Premium
Salah Pemain Terbaik Tahunan PFA
Pemain berusia 25 tahun itu menewaskan Kevin De Bruyne, Leroy Sane, David Silva, Harry Kane dan David de Gea.
Apr 24, 2018 | 5:30 AM
PRESTASI CEMERLANG: Salah meraih anugerah itu atas prestasi cemerlangnya setelah menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan sejak menyertai Liverpool daripada AS Roma tahun lepas malah pemain kebangsaan Mesir itu juga membantu pasukannya melangkah ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara serta menjamin tempat dalam kedudukan empat terbaik Liga Perdana England. - Foto REUTERS. -
LONDON: Mohamed Salah telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA), seterusnya menjadi pemain Mesir pertama menerima anugerah berkenaan.
Penyerang Liverpool berusia 25 tahun itu mengalahkan Kevin de Bruyne, Harry Kane, Leroy Sane, David Silva dan David de Gea dalam undian oleh para pemain lain.

