SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ronaldo ukir satu lagi pencapaian hebat

Ronaldo ukir satu lagi pencapaian hebat

Feb 11, 2023 | 5:30 AM

Ronaldo ukir satu lagi pencapaian hebat

SENTUHAN CEMERLANG: Ronaldo menjaringkan kesemua empat gol bagi membantu Al Nassr menewaskan Al Wehda 4-0 dalam perlawanan Liga Pro Saudi. - Foto AFP
SENTUHAN CEMERLANG: Ronaldo menjaringkan kesemua empat gol bagi membantu Al Nassr menewaskan Al Wehda 4-0 dalam perlawanan Liga Pro Saudi. - Foto AFP -

RIYADH: Superstar Portugal, Cristiano Ronaldo, menjaringkan empat gol bagi kelabnya, Al Nassr, dalam perlawanan Liga Profesional Saudi (SPL) untuk mencapai satu lagi mercu tanda kerjaya - menyumbatkan 500 gol di peringkat kelab.

Ronaldo meraikan ulang tahun yang ke-38 pada Ahad lalu, tetapi usia lanjut dan benteng pertahanan Al Wehda tidak mampu menyekatnya daripada menunjukkan kecemerlangannya.

Al Nassr memang perlawanan itu 4-0.

Buat masa ini, Ronaldo telah menjaringkan 503 gol liga bagi lima kelab berbeza sepanjang kerjayanya yang cemerlang.

Ronaldo menjaringkan 103 gol bagi Manchester United; 311 gol bagi Real Madrid; 81 gol bagi Juventus; tiga gol bagi Sporting Lisbon dan buat masa ini, lima gol bagi Al Nassr.

Ronaldo, yang telah memenangi anugerah Ballon D'or sebanyak lima kali - bagi pemain terbaik dunia - mengikat kontrak dua setengah tahun dengan Al Nassr pada Disember lalu.

Kontrak itu dianggarkan bernilai lebih 200 juta euro ($216.54 juta).

Beliau juga dilantik sebagai kapten pasukan.

Buat masa ini, Al Nassr sedang mendahului liga dengan 37 mata selepas 16 perlawanan.

Al Shahab yang menduduki tangga kedua mempunyai pungutan mata yang sama, tetapi menjaringkan kurang gol. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg