SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Respons SNOC

Respons SNOC

Mar 28, 2021 | 5:30 AM

Respons SNOC

ee41249d-232d-4566-9355-a6dd3ec1422e
-

MAJLIS Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) sedang menimbang permohonan Persatuan bagi Sukan Bina Badan dan Susuk Badan (Singapura) atau ABPS (Singapore) untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah persatuan sukan nasional (NSA).

Memberi respons kepada pertanyaan Berita Harian, seorang jurucakap SNOC berkata:

"Kami telah menerima permohonan mereka dan sedang menimbangkannya."

Isnin lalu, akhbar ini menyiarkan laporan bahawa ABPS telah membuat permohonan kepada SNOC supaya diiktiraf sebagai kerabat.

ABPS ditubuhkan dengan matlamat membangunkan semula sukan bina badan dan menggantikan Persekutuan Bina Badan Singapura (SBBF) yang tidak lagi aktif.

Difahamkan bahawa status NSA yang sebelum ini dinikmati SBBF ditarik balik oleh SNOC pada 2013 atas sebab-sebab doping dalam pertandingan setempat dan masalah urus tadbir.

ABPS bertekad mahu memberi nafas baru kepada usaha mengembalikan era kegemilangan sukan bina badan setempat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg