Rayuan peminat kepada PM Albanese agar biaya pasukan bola sepak wanita Australia
Rayuan peminat kepada PM Albanese agar biaya pasukan bola sepak wanita Australia
AUSTRALIA: Penghormatan terhadap prestasi pasukan Australia, yang juga dikenal sebagai Matildas, dalam Piala Dunia Wanita 2023, telah mengundang gesaan agar pembiayaan besar terhadap bola sepak wanitanya dapat dilakukan.
Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, merupakan salah seorang daripada 75,000 peminat yang memenuhi Taman Olimpik Sydney pada Rabu malam untuk menyaksikan pasukan negaranya tumpas 3-1 dalam peringkat separuh akhir.
Selepas perlawanan itu, Encik Albanese cepat ke media sosial untuk memuji bintang-bintang Matildas.
“Setiap pemain Matilda telah membawa keceriaan kepada kami melalui Piala Dunia Wanita Fifa ini. Saya yakin bahawa generasi Matildas seterusnya sedang memerhatikan. Kami semua akan menyokong anda dalam perlawanan seterusnya.”
Namun, segelintir peminat Matildas tidak puas dengan penghormatan Encik Albanese, menggesanya agar mengotakan kata-katanya dengan membiayai pasukan wanita Australia.
Mereka sedar bahawa jika berdasarkan pembiayaan yang diberikan kepada pasukan wanita, pencapaian Matildas satu keajaiban.
Selepas kekalahan tersebut, Sam Kerr berkata bahawa pembiayaan yang diperuntukan tidak cukup jika dibandingkan dengan sukan lain.
Beliau juga mengharapkan agar pencapaian mereka dalam Piala Dunia merupakan permulaan yang baru bagi bola sepak wanita.
Jurulatih Australia, Tony Gustavsson, juga bersetuju bahawa “ini bukan pengakhiran, tetapi ia perlu dijadikan sesuatu yang dimulakan. Dan dengan itu suntikan kewangan juga diperlukan”. – Agensi berita.

