Program pendekatan sempena Minggu Golf SGA
Nov 16, 2023 | 5:26 PM
PENGENALAN PADA GOLF: Seorang peserta diperkenalkan kepada golf, oleh jurulatih nasional, Murray Smit (kiri) menerusi program pendekatan bersama SDSC sempena Minggu Golf SGA. - Foto SGA/THE PICTURE SUITE
Sebagai sebahagian daripada Minggu Golf Persatuan Golf Singapura (SGA), satu program pendekatan dengan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) telah dianjurkan.
Ia berlangsung di Kelab Keppel pada Khamis.
Antara lain, jurulatih nasional SGA, Murray Smit bersama beberapa anggota skuadnya telah memperkenalkan sukan itu kepada para peserta di tiga stesen – Range Driving, Green Putting dan sesi bilik darjah mengenai pengenalan kepada golf.
Laporan berkaitan
Tiger Woods bakal miliki, main bagi pasukan Florida dalam liga golf mayaNov 8, 2023 | 7:14 PM
Serapong di Sentosa dipilih sebagai padang golf terbaik duniaOct 24, 2023 | 3:21 PM

