Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Fifa: Russia 'sudah 100% sedia' anjur Piala Dunia
Premium
Presiden Fifa: Russia 'sudah 100% sedia' anjur Piala Dunia
Presiden Fifa: Russia 'sudah 100% sedia' anjur Piala Dunia
SEGALANYA LANCAR: Bos Fifa, Gianni Infantino, jangkakan satu 'pengalaman hebat' bagi peminat di Piala Dunia Russia. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 8, 2018 | 5:30 AM
MOSCOW: Russia sudah pun "bersedia 100 peratus" untuk menganjurkan Piala Dunia, kata presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, yang turut menyentuh mengenai keprihatinan mengenai isu perkauman, hak asasi dan keselamatan sekitar seminggu sebelum bermulanya kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.
Russia menjadi hos edisi kejohanan kali ini yang akan diadakan di 12 bandar di serata negara itu termasuk di Moscow, St Petersburg dan Sochi dengan Infantino melahirkan keyakinan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi peminat sukan ini.
