Presiden baru badan atletik yakin dapat hidupkan semula sukan itu
Premium
Presiden baru badan atletik yakin dapat hidupkan semula sukan itu
Oct 13, 2018 | 5:30 AM
BERI LALUAN: Ho Mun Cheong (kiri) bakal beri laluan kepada Tang Weng Fei selaku Presiden Atletik Singapura. - Foto BH oleh DESMOND WEE -
ATLETIK Singapura telah dilanda masalah dalaman sepanjang dua tahun lalu, tapi presiden baru dilantik persatuan itu, Tang Weng Fei, yakin bahawa pasukan barunya akan dapat bekerja sama bagi menghidupkan semula sukan itu.
Anggota seramai sembilan orang bagi pasukan Tang itu secara rasmi diundi sebagai pemimpin baru persatuan sukan nasional itu untuk tempoh dua tahun ini, di mesyuarat agung tahunan dan undian sekali setiap dua tahun itu malam kelmarin di auditorium Hab Sukan Singapura, lapor The Straits Times semalam.

