Topic followed successfully
Go to BHkuPeru muncul sebagai pasukan terakhir layak ke Piala Dunia Russia tahun depan
Peru muncul sebagai pasukan terakhir layak ke Piala Dunia Russia tahun depan
Nov 16, 2017 | 3:11 PM
Peru muncul sebagai pasukan terakhir layak ke Piala Dunia Russia tahun depan

-
LIMA (Peru): Jefferson Farfan dan Christian Ramos meledak gol bagi membantu Peru merebut tempat terakhir ke Piala Dunia Russia tahun depan - kali pertama bagi negara itu sejak 1982 - selepas kemenangan 2-0 ke atas New Zealand dalam pertarungan penentuan kedua timbal balas antara benua sebentar tadi (16 November).
Farfan menyumbat gol pada minit ke-27 manakala Ramos pada minit ke-65 bagi membolehkan pasukan bergelar 'Los Incas' mencatat penampilan kelima keseluruhan pada Piala Dunia dan kali pertama dalam tempoh 35 tahun.
Mereka layak 2-0 secara agregat selepas seri aksi pertemuan pertama 0-0 di Wellington pada Sabtu lalu. - AFP.

