SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Raducanu seronok di SG... janji akan kembali lagi

Raducanu seronok di SG... janji akan kembali lagi

Feb 5, 2022 | 6:24 AM

Raducanu seronok di SG... janji akan kembali lagi

SENANG HATI: Raducanu berkongsi di Instagram beberapa gambar beliau yang dipetik di beberapa tempat pelancongan dan tempat makan di Singapura. - Foto EMMA RADUCANU/INSTAGRAM
SENANG HATI: Raducanu berkongsi di Instagram beberapa gambar beliau yang dipetik di beberapa tempat pelancongan dan tempat makan di Singapura. - Foto EMMA RADUCANU/INSTAGRAM -

JUARA Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, Emma Raducanu, berkata beliau menikmati pengalaman menyeronokkan singgah di Singapura dan ingin kembali ke sini.

Warga Britain itu berkata demikian kelmarin menerusi wadah media sosial di akhir tempoh kunjungan ke sini sekitar seminggu.

Beliau telah singgah ke sini dari Australia, selepas tersingkir dari Terbuka Australia.

Kehadiran beliau di Tanglin Club pada 25 Januari, di mana beliau dilihat mengadakan latihan, menarik perhatian ramai, dengan sebahagian peminatnya bergegas ke gelanggang tenis latihan untuk menyaksikan beliau berlatih.

Menulis di Instagram, Raducanu berkata:

"Singapura... saya amat menikmati budaya dan pengalaman berada di sini dan berpeluang mempertingkat diri saya.

"Terima kasih kepada semua yang menyambut ketibaan saya dengan ramah... ini membuat kunjungan saya lebih istimewa. Saya akan kembali!"

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg