Terus gigih berlatih meski berpuasa di bawah terik mentari
Premium
Terus gigih berlatih meski berpuasa di bawah terik mentari
May 28, 2018 | 5:30 AM
BERLATIH BAGI PERLUMBAAN BOT NAGA: Muhammad Saiful islam Razali (kiri) dan Abdul Wafa Abdul Nazhar membuat persiapan rapi sebelum melakukan latihan bagi menyertai perlumbaan bot naga DBS Marina Regatta supaya mereka dapat terus bertahan meskipun berpuasa dalam cuaca panas terik. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
SINARAN matahari yang panas terik pada waktu petang membuat ramai umat Islam di Singapura yang sedang berpuasa berasa dahaga.
Namun, bagi dua penggiat bot naga, Muhammad Saiful islam Razali, 28 tahun, dan Abdul Wafa Abdul Nazhar, 29 tahun, mereka tidak membiarkan kehausan dek bahang mentari semasa sesi latihan bagi acara DBS Marina Regatta pada 26 dan 27 Mei lalu menjadi penghalang. Latihan seterusnya ialah pada 2 dan 3 Jun.

