Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggantungan atlet Russia dikurang kepada dua tahun

Dec 19, 2020 | 5:30 AM
BERPUAS HATI: Presiden Jawatankuasa Olimpik Russia Stanislav Pozdnyakov dalam sidang media di Moscow. - Foto AFP
BERPUAS HATI: Presiden Jawatankuasa Olimpik Russia Stanislav Pozdnyakov dalam sidang media di Moscow. - Foto AFP -

MOSCOW: Mahkamah Switzerland mengekalkan penggantungan doping yang akan menghalang atlet Russia daripada bertanding di acara sukan utama antarabangsa di bawah bendera Russia, tetapi mengurangkan penggantungan itu kepada dua tahun.

Keputusan itu membolehkan atlet Russia bertanding tanpa bendera di Olimpik Tokyo dan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan bola sepak Piala Dunia di Qatar.

Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) sebelum ini mengenakan penggantungan empat tahun ke atas Russia.

Namun Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan untuk tidak menghalang atlet Russia daripada menyertai temasya berkenaan.

Jawatankuasa Olimpik Russia (ROC) berkata mereka berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

CAS menggantung Russia selama dua tahun daripada menyertai acara sukan antarabangsa termasuk Olimpik Tokyo dan Olimpik Musim Sejuk Beijing, tetapi mengurangkan penggantungan empat tahun oleh Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) ke atas mereka.

Presiden ROC Encik Stanislav Pozdnyakov bagaimanapun berpuas hati kerana atlet-atlet Russia masih boleh bertanding di bawah bendera berkecuali sekiranya mereka tidak terbabit dengan doping.

Namun Pozdnyakov membidas keputusan CAS yang melarang pegawai atas Russia termasuk Presiden Vladimir Putin daripada menghadiri temasya Olimpik. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg