Topic followed successfully
Go to BHkuPendayung S’pura Saiyidah Aisyah raih tempat ke-4 dalam final E scull wanita Sukan Olimpik
Pendayung S’pura Saiyidah Aisyah raih tempat ke-4 dalam final E scull wanita Sukan Olimpik
Pendayung S’pura Saiyidah Aisyah raih tempat ke-4 dalam final E scull wanita Sukan Olimpik
Pendayung Singapura, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee, menutup tirai kempennya di Sukan Olimpik 2024 dengan meraih tempat keempat daripada enam pesaing dalam final E acara scull tunggal wanita pada 2 Ogos.
Pendayung berusia 36 tahun itu mencatat masa 8 minit 03.29 saat dan menamatkan perlumbaan di Stadium Nautika Vaires-sur-Marne di belakang pendayung Algeria, Nihed Benchadli (7:54.25); pendayung Uganda, Kathleen Noble (7:56.10); dan pendayung Cuba, Yariulvis Cobas Garcia (7:57.99).
Secara keseluruhan, Aisyah mendapat kedudukan ke-28 daripada 32 pesaing.
Dalam penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Rio 2016, di Brazil, beliau menduduki tempat ke-23 daripada 32 pesaing.

