Premium
Pemilik baru janji kereta lumba lebih pantas
Mar 22, 2017 | 5:30 AM
LEBIH MAMPU BERSAING: Prestasi Ferrari semasa perlumbaan ujian minggu lalu mencadangkan pasukan yang berpangkalan di Italy itu kian bangkit dan mampu kembali bersaing dengan Mercedes yang telah memenangi tiga kejuaraan dunia berturut-turut musim ini. - Foto REUTERS -
MELBOURNE (Australia): Formula Satu (F1) mengorak langkah ke arah era baru di bawah pemilik baru yang menjanjikan kereta lumba lebih pantas di Grand Prix Australia di Melbourne minggu ini.
Liberty Media mengambil alih kepimpinan F1 daripada pemilik veteran Bernie Ecclestone di akhir musim lalu dan pemilik baru ini telah menganjak perubahan kepada desain dan kuasa kereta.

