Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemain muda cipta sejarah bantu Liverpool ke separuh akhir
Premium
Pemain muda cipta sejarah bantu Liverpool ke separuh akhir
Pemain muda cipta sejarah bantu Liverpool ke separuh akhir
REMBATAN BERSEJARAH: Penyerang remaja Liverpool, Ben Woodburn (kiri), menjaringkan gol sulungnya semasa membantu kelabnya itu mara ke separuh akhir Piala Liga England dinihari semalam. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 1, 2016 | 5:30 AM
LONDON: Pemain remaja Liverpool, Ben Woodburn, mengukir sejarah manis apabila tampil sebagai penjaring gol termuda kelab Anfield itu semasa kemenangan 2-0 ke atas Leeds yang menempatkan pasukannya itu di separuh akhir Piala Liga England dinihari semalam.
Detik hebat yang pastinya diingati Woodburn, 17 tahun, sepanjang hayatnya itu tiba pada minit ke-81 apabila bola rembatannya di hadapan penyokong yang berada di sudut yang masyhur 'Kop End' mencecah jaring gawang Leeds.
