Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeluang Spurs 'hukum' City
Premium
Peluang Spurs 'hukum' City
Peluang Spurs 'hukum' City
PERLU BANGKIT: Selepas melalui minggu yang mengecewakan, barisan pemain City termasuk bintang penyerang England, Raheem Sterling (depan), perlu bangkit apabila mereka bertandang ke padang Spurs esok. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 14, 2018 | 5:30 AM
LONDON: Mungkin sudah terlewat untuk menghalang Manchester City daripada ditabal juara Liga Perdana musim ini tetapi Tottenham Hotspur masih boleh menangguhkan perayaan kejuaraan pasukan pendahulu itu jika dapat menghukum skuad pasukan pimpinan Pep Guardiola dengan kekalahan keempat berturut-turut apabila kededua pasukan itu berentap di Wembley esok (2.45 pagi esok waktu Singapura).
City telah melalui minggu terburuk sejak di bawah pimpinan Guardiola selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut termasuk kepahitan tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Liverpool pada pertengahan minggu.
