SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wei Soong catat rekod nasional di final

Wei Soong catat rekod nasional di final

Sep 1, 2021 | 5:30 AM

Wei Soong catat rekod nasional di final

TEMPAT KETUJUH DALAM FINAL GAYA BEBAS 50 METER: Toh menyentuh tembok kolam renang di Pusat Akuatik Tokyo itu dengan masa 28.65 saat dan melengkapkan perlumbaan di tempat ketujuh antara lapan perenang. Ini adalah kali kedua dalam sehari beliau memecah rekod nasional. - Foto AFP
TEMPAT KETUJUH DALAM FINAL GAYA BEBAS 50 METER: Toh menyentuh tembok kolam renang di Pusat Akuatik Tokyo itu dengan masa 28.65 saat dan melengkapkan perlumbaan di tempat ketujuh antara lapan perenang. Ini adalah kali kedua dalam sehari beliau memecah rekod nasional. - Foto AFP -

PERENANG nasional Toh Wei Soong mencatat rekod nasional dalam final lumba gaya bebas (S7) lelaki 50 meter semalam.

Toh, 22 tahun menyentuh tembok kolam renang di Pusat Akuatik Tokyo itu dengan masa 28.65 saat dan melengkapkan perlumbaan di tempat ketujuh antara lapan perenang.

Ini adalah kali kedua dalam sehari beliau memecah rekod nasional.

Awal dari itu, beliau telah mencatat masa terbaik peribadi dan rekod nasional 29.01 saat di peringkat saringan.

Beliau menamatkan perlumbaan saringan itu di tempat kelima.

Acara Ini adalah acara kedua bagi Toh di Paralimpik Tokyo 2020 ini, selepas beliau bertanding dalah acara gaya bebas 400 meter (S7) lelaki pada Ahad lalu.

Beliau juga dijadual mengambil bahagian dalam acara gaya kupu-kupu 50 meter (S7) lelaki pada Jumaat ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg