Premium
Nadal samai rekod 20 Grand Slam Federer
Oct 13, 2020 | 5:30 AM
UNGGUL DI PARIS: Kemenangan kejuaraan ke-13 Nadal di Roland Garros kelmarin sekali gus menandingi rekod Roger Federer merangkul 20 kejuaraan Grand Slam lelaki. - Foto AFP -
PARIS: Roger Federer melihat Rafael Nadal menyamai rekod 20 gelaran Grand Slam sepanjang masanya selepas pemain Sepanyol itu menjuarai Terbuka Perancis buat kali ke-13 kelmarin dan memuji ia sebagai "antara pencapaian terbesar sukan".
Nadal membelasah Novak Djokovic 6-0 6-2 7-5 untuk menambah jumlah takhta Roland Garros beliau kepada 13 selain menjuarai empat Terbuka Amerika Syarikat, dua Wimbledon dan satu Terbuka Australia.

