Premium
Myanmar sekat langkah kemenangan S'pura
Aug 24, 2017 | 5:30 AM
INSIDEN DIPERTIKAI: Pengadil menunjukkan tangannya ke petak penalti yang diberikan kepada Myanmar yang menghasilkan gol kedua mereka semasa menentang Singapura semalam. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. - Foto FAKHRURADZI ISMAIL -
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki Singapura gagal mengecap kemenangan kedua mereka di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil setelah seri dengan Myanmar 2-2 semalam.
Pasukan pimpinan jurulatih dari Malaysia, K. Rajaram, itu terpaksa bekerja dengan lebih keras bagi mendapatkan gol penyamaan setelah mereka mengekori Myanmar sebanyak dua kali pada perlawanan tersebut.

