SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mexico berlumba dengan masa siapkan stadium Piala Dunia

Mexico berlumba dengan masa siapkan stadium Piala Dunia

Mar 28, 2026 | 11:46 AM

Mexico berlumba dengan masa siapkan stadium Piala Dunia

mexico, world cup, azteca stadium
Pekerja membuat kerja-kerja terakhir hingga larut malam bagi menyiapkan Stadium Azteca, yang akan menjadi hos perlawanan persahabatan antara Mexico dengan Portugal pada 29 Mac. - Foto AFP

MEXICO CITY: Pekerja binaan di kota ini sedang berlumba untuk melengkapkan pembinaan semula Stadium Azteca, kini dinamakan Estadio Banorte, supaya dapat menjadi tuan rumah kepada perlawanan persahabatan antara Mexico dengan Portugal pada 29 Mac.

Perlawanan itu adalah acara mercu tanda pembukaan semula stadium yang telah menjadi hos Piala Dunia pada 1970 dan 1986.

Pada 2026, Mexico, sebagai antara tiga hos Piala Dunia bersama Amerika Syarikat dan Canada, dijadual mengadakan lima perlawanan Piala Dunia di stadium tersebut.

Upacara pembukaan Piala Dunia pada 11 Jun juga akan diadakan di stadium itu.

Kerja-kerja pembaikan yang dilakukan termasuk memasang tempat duduk baru, memperbaiki bilik rehat dan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stadium dengan stesen kereta api dan stesen pusat pertukaran bas di kejiranan Huipulco.

Sebahagian penduduk di kawasan itu berkata walaupun mereka bangga negara mereka akan menjadi hos Piala Dunia, mereka kesal kerja-kerja binaan disiapkan agak suntuk. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg