Mbappe cemerlang bantu Monaco jadi juara kali pertama dalam 17 tahun
Premium
Mbappe cemerlang bantu Monaco jadi juara kali pertama dalam 17 tahun
May 19, 2017 | 5:30 AM
JULANG PIALA: Bintang muda Monaco, Kylian Mbappe, menjulang trofi kejuaraan Ligue 1 Perancis di Stadium Louis II dinihari semalam. - Foto AFP -
MONACO: Bintang remaja sensasi Kylian Mbappe menyumbatkan golnya ke-15 musim ini semasa kemenangan 2-0 ke atas Saint-Etienne dinihari semalam, untuk membantu Monaco menggondol kejuaraan Ligue 1 buat kali pertama sejak 17 tahun lalu.
Berusia 18 tahun, Mbappe mengatasi benteng pasukan lawan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-19 di Stade Louis II bagi merintis kemenangan Monaco, sekali gus menamatkan penguasaan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai raja bola sepak Perancis sejak empat musim lalu.

