Premium
Masa depan Pogba di Man Utd masih jadi tanda tanya
Sep 18, 2018 | 5:30 AM
SATU KEMUNGKINAN: Pemain Manchester United Paul Pogba (kanan) membuat percubaan menjaringkan gol semasa menentang Watford. Tidak mustahil peminat United dan Juventus akan menyaksikan pertukaran pemain antara Pogba dan Dybala pada musim perpindahan Januari nanti. - REUTERS -
MANCHESTER: Bintang Manchester United, Paul Pogba memainkan peranan penting dalam kemenangan 2-1 ke atas Watford dini hari kelmarin meskipun terdapat desas-desus mengenai masa depannya dengan kelab itu.
Pemain Perancis itu merupakan sasaran Barcelona dan Juventus, setelah hubungannya dengan pengurus United, Jose Mourinho, dikatakan semakin rengang.

