SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mainoo kunci pertarungan ‘midfield’

Mainoo kunci pertarungan ‘midfield’

AYAM TAMBATAN
Jul 14, 2024 | 5:30 AM

Mainoo kunci pertarungan ‘midfield’

Kobbie Mainoo
Pada usia 19 tahun, Kobbie Mainoo, telah menunjukkan beliau mempunyai bakat besar. - Foto AFP

Kobbie Mainoo baru sahaja membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana England bersama Manchester United pada November 2023.

Sebulan sebelum kejohanan Euro 2024 di Jerman pula, Mainoo diundang menyertai skuad senior England oleh Gareth Southgate, dan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil.

Beliau dinamakan sebagai, Man-of-the-Match, dalam perlawanan tersebut.

Di Jerman, beliau memulakan kejohanan sebagai pemain simpanan namun sejak dinamakan dalam kesebelasan utama, persembahan England mula menunjukkan peningkatan.

Kehadiran Mainoo, 19 tahun, di ‘midfield’, memberikan keseimbangan kepada pasukan, Gareth Southgate.

Dalam perlawanan final yang penuh tekanan, beliau akan memainkan peranan penting untuk menjadi sumber ketenangan di tengah-tengah jentera pasukan England, dan pasukan yang berjaya menguasai bahagian ‘midfield’ besar kemungkinan akan berjaya memenangi perlawanan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg