Premium
Maguire, Grealish menyinar benam Ireland
Nov 14, 2020 | 5:30 AM
BANGKIT LEBIH BAIK: Harry Maguire (kiri) menyambut golnya bersama Tyrone Mings (tengah) dan Jadon Sancho (kanan) dalam kemenangan 3-0 England ke atas Ireland dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley kelmarin. - Foto REUTERS -
LONDON: England menewaskan Ireland buat pertama kali sejak 1985 menerusi jaringan gol Harry Maguire, Jadon Sancho dan Dominic Calvert-Lewin menjamin kemenangan 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley kosong kelmarin.
Maguire, yang diberikan lengan tangan kapten, menanduk bola masuk pada minit ke-18 dan ledakan cantik Sancho meletakkan pasukan tuan rumah dalam keadaan selesa sebelum waktu rehat.

