Premium
Lukaku: Pogba jadi inspirasi saya sertai Man U
Jul 12, 2017 | 5:30 AM
KAWAN BAIK KINI RAKAN SEPASUKAN: Romelu Lukaku (kanan) menyertai rakannya, Paul Pogba, dalam latihan pasukan United, yang kini berada di Los Angeles bagi latihan pramusim. - Foto REUTERS -
LOS ANGELES: Bintang terbaru Manchester United, Romelu Lukaku, mendedahkan bahawa pemindahannya ke Old Trafford yang mencecah rekod di England didorong Paul Pogba, yang menyertai United musim lalu.
Menyertai latihan pramusim United buat pertama kalinya kelmarin, Lukaku kelihatan tenang dan santai sedang beliau memenuhi permintaan peminat bagi tandatangannya di samping bergambar dengan mereka di Stadium UCLA Drake.

