Premium
Logo baru iringi transformasi pemilik baru F1
Nov 28, 2017 | 5:30 AM

Foto AFP -
LONDON: Sukan glamor perlumbaan kereta Formula Satu (F1) mempamerkan logo barunya (atas) di perlumbaan penutup musim ini di Grand Prix Abu Dhabi kelmarin - langkah pertama yang usaha sukan itu mengukir jenama baru sejak diambil alih pelabur Amerika Syarikat.
Rekaan logo itu dikatakan menggambarkan 'wajah' kerata F1 dengan "rasa retro-moden" dan menggantikan logo lama yang digunakan sejak tiga dekad lalu oleh bekas pemilik komersialnya, Bernie Ecclestone.

