Ketua Atletik S'pura Tang tepis kritikan atlet maraton Soh
Premium
Ketua Atletik S'pura Tang tepis kritikan atlet maraton Soh
Aug 21, 2020 | 5:30 AM
TIDAK SEHALA: Presiden Atletik Singapura Tang Weng Fei (kiri) berinteraksi bersama atlet maraton nasional Soh Rui Yong pada 2018. - Foto fail BH -
ATLETIK Singapura (SA) mempertahankan jawatankuasa pengurusannya (MC) badan itu berikutan komen mengenai integriti profesional mereka oleh atlet maraton nasional Soh Rui Yong dalam satu catatan blog pada 15 Ogos.
Juara dua kali Sukan Sea itu membuat kenyataan tersebut berkaitan isu guaman melibatkan setiausaha kehormat SA Eric Song berhubung dakwaan mesej fitnah yang dihantar melalui WhatsApp dan didakwa dibocorkan kepada pihak luar, dan satu mesyuarat agung luar biasa (EOGM) yang diadakan bulan lalu.

