Topic followed successfully
Go to BHkuKerstin bayar kos inap pesaing, bantu pecah rekod kebangsaan 100 meter berpagar wanita
Kerstin bayar kos inap pesaing, bantu pecah rekod kebangsaan 100 meter berpagar wanita
Apr 16, 2026 | 2:25 PM
Kerstin bayar kos inap pesaing, bantu pecah rekod kebangsaan 100 meter berpagar wanita
Final 100 meter berpagar wanita di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Singapura pada 15 April menyaksikan (dari kiri) Ivy Liu dari Hong Kong; Kerstin Ong dari Singapura; Lau Tsz Yan dari Hong Kong; dan Jelly Dianne Paragile dari Filipina. - Foto ST
Dalam usaha mengejar catatan masa lebih pantas, pelari lari berpagar negara, Kerstin Ong, telah membuat pengorbanan kewangan, termasuk keputusannya untuk menjadi atlet sepenuh masa.
Namun, beliau tidak teragak-agak untuk membayar penginapan buat tiga pesaingnya di sini supaya dapat berlumba dengan lawan lebih kuat di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Singapura.
Laporan berkaitan
‘Ong’ bertuahSep 1, 2025 | 1:46 PM
Shanti sasar lakukan ‘pecutan’ untuk Olimpik walau ‘dikejar’ usia Dec 16, 2025 | 7:47 PM

