Premium
Jaguh veteran Thai 'terkejut' kecemerlangan sendiri
Jan 20, 2018 | 5:30 AM

CEMERLANG: Pemain veteran Thai Chapchai Nirat mencatatkan skor cemerlang 64 pukulan di akhir pusingan kedua untuk mendahului pemain-pemain lain di Kejohanan Golf Terbuka SMBC semalam yang turut terjejas dek cuaca buruk. - Foto AFP -
MELALUI rentetan mengecewakan sejak kebelakangan ini, jaguh veteran Thailand, Chapchai Nirat, mengatasi jangkaan sendiri apabila mencatatkan skor cemerlang tujuh di bawah 135 bagi melompat ke tangga teratas di akhir pusingan kedua Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC semalam.
Namun hujan yang turun pada sebelah petang menjejas permainan di Padang Serapong, Kelab Golf Sentosa, dengan lagi 78 pemain akan hanya turun padang pagi ini untuk melengkapkan permainan pusingan kedua.

