Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Inter Milan julang Serie A

May 4, 2021 | 5:30 AM
RAI KEJAYAAN: Penyokong Inter meraikan gelaran Serie A dekat Milan, Italy selepas kelab itu memenanginya buat kali ke-19. - Foto EPA-EFE
RAI KEJAYAAN: Penyokong Inter meraikan gelaran Serie A dekat Milan, Italy selepas kelab itu memenanginya buat kali ke-19. - Foto EPA-EFE -

MILAN: Inter Milan menjulang piala Serie A pertamanya dalam 11 tahun kelmarin setelah Sassuolla seri 1-1 dengan pasukan di tempat kedua, Atalanta, bagi memastikan takhta liga Italy itu dimenangi pasukan pimpinan Antonio Conte.

Inter mendahului liga dengan 13 mata dengan empat baki perlawanan dan kejayaan itu menghalang Juventus daripada memenangi Serie A buat tahun ke-10 berturut-turut.

Penyokong Inter keluar berkumpul di kawasan Duoma di Milan untuk meraikan kejayaan tersebut.

Kejayaan itu merupakan piala pertama Inter sejak memenangi Seria A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah pada 2009-2010 di bawah pimpinan Jose Mourinho. Ia juga kejuaraan liga ke-19 pasukan tersebut, sekali gus mengatasi jumlah kejuaraan yang dimenangi seteru utama mereka, AC Milan, yang mempunyai 18 piala liga.

Mengulas kejayaan itu, Conte, yang memenangi kejuaraan Serie A keempat dalam kerjayanya, berkata:

"Ini adalah kejayaan paling penting dalam kerjaya saya.

"Bukan satu keputusan yang mudah untuk memimpin Inter kerana pasukan ini sudah lama gagal kekal kompetitif untuk memenangi sesuatu yang penting. Namun, saya menerima cabaran itu dan dengan kerja keras pemain, kami telah berjaya," ujar beliau. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg