SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Igor Tudor tinggalkan Spurs selepas alami 5 kekalahan dalam 7 perlawanan

Igor Tudor tinggalkan Spurs selepas alami 5 kekalahan dalam 7 perlawanan

Mar 30, 2026 | 4:24 PM

Igor Tudor tinggalkan Spurs selepas alami 5 kekalahan dalam 7 perlawanan

Pengurus sementara Spurs, Igor Tudor, bola sepak
Pengurus sementara Tottenham Hotspur, Igor Tudor, telah meninggalkan kelab itu selepas hanya tujuh perlawanan memimpin kelab itu yang masih terus terkial-kial dalam Liga Perdana England. - Foto REUTERS

LONDON: Pengurus sementara Tottenham Hotspur, Igor Tudor, telah meninggalkan pasukan itu pada 29 Mac selepas kelab Liga Perdana England (EPL) itu menyatakan mereka telah “sama-sama bersetuju” untuk berpisah, dengan pasukan London Utara itu berada hanya satu mata di atas zon relegasi.

Tudor sebelum ini telah dilantik sebagai pengurus interim sehingga akhir musim selepas Spurs memecat Thomas Frank pada Februari lalu.

Namun, Spurs kalah dalam lima daripada tujuh perlawanan di bawah jurulatih Croatia itu, menduduki tangga ke-17 dalam kedudukan liga dengan 30 mata selepas 31 perlawanan, dengan mereka juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara dalam pusingan 16 pasukan terakhir oleh Atletico Madrid.

“Kami mengesahkan bahawa ketua jurulatih Igor Tudor dan pihak kelab telah bersetuju untuk berpisah secara serta-merta,” kata Spurs dalam satu kenyataan.

“Kami juga mengakui kehilangan yang baru-baru ini dialami Igor dan mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarganya pada masa sukar ini.”

Bapa Tudor, Mario, meninggal dunia pada awal Mac, dengan pengurus itu dimaklumkan selepas Spurs tewas 0-3 di depan penyokong sendiri kepada Nottingham Forest. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg