Premium
Huddersfield kembali sertai Liga Perdana
May 31, 2017 | 5:30 AM
GEMBIRA SEKALI: Pemain-pemain Huddersfield - (dari kiri) Aaron Mooy, Michael Hefele dan Martin Cranie - meraikan kejayaan pasukan itu mendapat tempat dalam Liga Perdana musim depan. - Foto REUTERS -
LONDON: Huddersfield Town kembali ke liga utama England buat pertama kali dalam 45 tahun selepas bersaing hebat menewaskan Reading 4-3 melalui sepakan penalti dalam final perlawanan penentuan Liga Kejuaraan di Wembley kelmarin.
Perlawanan terikat 0-0 selepas masa tambahan tetapi pemain pertahanan Jerman, Christopher Schindler, menyumbatkan penalti kemenangan Huddersfield selepas Reading gagal menyempurnakan dua sepakan terakhir mereka.

