Haaland pecah rekod, beri amaran pada PSG beliau 'berbisa'
Premium
Haaland pecah rekod, beri amaran pada PSG beliau 'berbisa'
Feb 20, 2020 | 5:30 AM
TERUS MENGANCAM: Haaland meraikan kemenangan 2-1 Borussia Dortmund ke atas Paris Saint-Germain selepas perlawanan kelmarin. - Foto AFP -
DORTMUND (Jerman): Pemecah rekod muda Erling Braut Haaland memberi amaran kepada Borussia Dortmund bahawa mereka masih perlu berhempas-pulas untuk mara ke perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara walaupun dua gol hasilnya telah berjaya menyingkirkan gol pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.
Haaland meledakkan satu gol sebelum dan selepas gol penyamaan Neymar semalam, sedang bintang Brazil itu menjaringkan gol selepas pulang dari kecederaan namun juara liga Perancis itu kecundang 1-2 di tangan Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama 16 pasukan terakhir.

